“‘Main Character Syndrom Is Real'” – Melamar Di Tengah-Tengah Konsert Coldplay, Lamaran Ikut Budaya Barat Undang Kecaman Netizen

Music
23 Nov 2023 • 5:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Memandangkan konsert Coldplay yang dilangsungkan baru-baru ni pada malam Rabu tersebut merupakan satu-satunya peluang yang mungkin tak akan dapat lagi, ramai peminat yang mengambil kesempatan tersebut untuk membuat sesuatu yang spesial.

Mahu lain daripada lain, seorang individu yang hadir telah melamar kekasihnya di tengah-tengah konsert tersebut yang mempunyai berpuluh ribu peminat yang ada. Video lamaran tersebut telah tular di laman Twitter apabila lelaki berkenaan melutut dan melamar ketika Coldplay sedang menyanyikan lagu berjudul Yellow.

Main character syndrom is real.

Takutnya tengok kemaksiatan macam ni Ya Allah.

image is not available

Sumber : Twitter  

Tidak mempunyai pendapat yang sama, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakn individu tersebut yang melamar di khalayak ramai seolah-olah meniru tradisi orang barat. Mereka mengecam teruk individu berkenaan di ruangan komen hantaran yang sama.

Walaupun ada juga yang turut bergembira ke atas lamaran yang romantis itu, warganet pula menganggap hal tersebut menyesatkan masyarakat Melayu yang mempunyai adat dan etika tersendiri ketika melamar.

Sebelum ini, konsert Coldplay sempat dikatakan ingin dibatal oleh kerana gesakan sesetengah pihak yang mendakwa hal tersebut tak sensitif tatkala isu peperangan masih lagi berlangsung.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Tak Nampak Macam 'High Educated' Pun.." - Datang Konsert Coldplay Tinggal Sampah Sarap, Rakyat Malaysia Ikut Malu