Colombia akan kemuka cadangan kepada PBB iktiraf Palestin negara merdeka

14 Nov 2023 • 9:40 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Presiden Colombia, Gustavo Petro semalam mengumumkan negara itu akan mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka.

Cadangan itu berikutan tindakan Israel yang melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’ di Hospital Al-Shifa di Gaza.

Petro juga menegaskan negaranya tidak akan membeli senjata dari mana-mana negara yang menolak usaha gencatan senjata di Gaza atau berkecuali dalam perkara itu.

Ini bermakna Colombia tidak akan membeli senjata dari Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Great Britain, tiga ahli tetap yang mengundi menentang usul (gencatan senjata), serta Jepun.

Malah, negara itu juga tidak akan membeli senjata dari Albania, Brazil, Ecuador, Ghana, Malta dan Switzerland yang mengambil pendekatan berkecuali dalam isu Palestin.

“Negara demokratik dan progresif mesti berjuang untuk memelihara undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi menghalang kebiadaban daripada berkembang di dunia,” tegasnya.

Palestin diberi status sebagai negara pemerhati bukan anggota di PBB pada 2012.

Dalam pada itu, seramai 31 rakyat Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas pesawat Israel mengebom 12 kediaman di kem Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

Rakaman video yang diterima Al Jazeera menunjukkan pekerja ambulans di Gaza membawa mangsa yang cedera termasuk beberapa kanak-kanak ke Hospital Indonesia selepas serangan tersebut.

Ketika ini, lebih 11,200 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu. – 14 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved