Colorful iGame RTX 4060 Ti Mini Ialah Kad Grafik Padat Untuk Komputer Gaming Kecil

TechnologyDigital
8 Aug 2023 • 3:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Komputer desktop kini dilihat hadir dalam pelbagai saiz yang menarik. Anda boleh memilih untuk membina sebuah komputer bersaiz besar, sederhana dan kecil, bergantung kepada kemahuan dan kemampuan anda tanpa kompromi dari segi prestasi.

image is not available

Terkini, Colorful, sebuah jenama pembuat kad grafik dari China telah memperkenalkan sebuah kad grafik yang kami boleh katakan diantara yang paling kecil pernah kami lihat, iaitu Colorful iGame RTX 4060 Ti Mini yang mempunyai panjang kurang dari 200mm.

image is not available

Kad grafik ini, seperti yang diperlihatkan pada namanya, menggunakan cip pemprosesan NVIDIA GeForce RTX 4060 Ti sebagai asasnya, dengan saiz papan litar yang cukup kecil sekali. Dari segi spesifikasi, kad grafik ini hadir dengan penawaran memori GDDR6 sebanyak 8GB dan 16GB. Malah, ia juga nampaknya hadir dengan kemampuan lewahjam keluar-dari-kotak, setinggi 2580 MHz.

image is not available

Kad grafik ini juga disejukkan menggunakan satu kipas penyejuk sahaja, tetapi masih lagi menggunakan 165W untuk memastikan bahawa keperluan grafik dalam permainan anda terjamin. Ia juga dilengkapi dengan tiga palam DisplayPort dan satu palam HDMI.

image is not available

Kad grafik ini sesuai dimuatkan didalam rangka komputer bersaiz Micro-ATX, tetapi sayangnya terlalu besar untuk komputer Mini-ITX kerana penyejuknya terlalu lebar.