ColorOS 16 Pada Oppo Find X9 Ultra Mudahkan Pengurusan Bil Pengguna

TechnologyDigital
16 Apr 2026 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Find X9 Ultra akan dilancarkan sebagai telefon mercu baharu di pasaran termasuk Malaysia. Selain sistem kamera yang menjadi tumpuan, keutamaan peranti ini turut terletak pada sistem operasi terkini melalui ColorOS 16 yang telah dinaik taraf dengan beberapa ciri AI yang lebih canggih serta menyeluruh.

Antara ciri baharu dalam ColorOS 16 ialah AI Mind Space yang boleh berfungsi untuk tujuan menangkap skrin menggunakan Snap Key atau sapuan tiga jari dan kini diberi peningkatan yang lebih bijak. Selepas itu, maklumat yang ditangkap akan disusun menjadi memori pintar yang boleh dicari. Selain itu, sistem ini turut dilengkapi dengan AI Bill Manager yang berupaya mengambil butiran pembayaran daripada invois digital atau resit fizikal lalu menyusun rekod kewangan secara automatik.

Image from: ColorOS 16 Pada Oppo Find X9 Ultra Mudahkan Pengurusan Bil Pengguna

Seterusnya, terdapat juga AI Mind Pilot yang menggabungkan pelbagai model AI untuk menjawab soalan berdasarkan konteks peribadi pengguna. Fungsi ini turut membolehkan pengguna membandingkan perspektif daripada beberapa model dalam satu pengalaman yang lancar.

Image from: ColorOS 16 Pada Oppo Find X9 Ultra Mudahkan Pengurusan Bil Pengguna

Dalam aspek bantuan pintar, ColorOS 16 memperkenalkan AI Menu Translation iaitu ciri yang menterjemah menu dengan tepat, memberikan penerangan tentang hidangan, mengenal pasti bahan utama serta menukar harga ke mata wang pilihan. Di samping itu, terdapat juga AI Email Brief yang menyediakan ringkasan e-mel harian dengan menyusun mesyuarat dan tugasan serta memberi pilihan untuk menambahkannya ke dalam kalendar.

Image from: ColorOS 16 Pada Oppo Find X9 Ultra Mudahkan Pengurusan Bil Pengguna

Bagi pengalaman asas, sistem ini menawarkan Live Space iaitu skrin kunci yang lebih fleksibel dengan paparan kapsul atau notifikasi bertindan. Akhir sekali, Oppo turut bekerjasama dengan Google untuk membolehkan fungsi Quick Share dengan peranti Apple sekali gus menghapus halangan perkongsian fail antara Android dan Apple tanpa memerlukan aplikasi tambahan.

Bagi yang berminat, pratempahan dibuka dengan pengambilan awal bermula pada 2 Mei 2026. Tawaran eksklusif termasuk hadiah misteri, pelan perlindungan skrin selama satu tahun pada harga RM99 (nilai RM399) serta keistimewaan aplikasi My Oppo bernilai RM1,287.