Oppo Find X9s Turut Ke Pasaran Global – Kamera 50MP, Bateri 7025mAh

TechnologyDigital
16 Apr 2026 • 1:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Find X9s turut akan dilancarkan secara global dan Malaysia dijangka menjadi antara pasaran yang menerima peranti ini. Menjelang pelancaran rasmi, video promosi telah dimuat naik yang memperlihatkan beberapa butiran penting.

image is not available

Dari segi rekaan, ia masih mengekalkan DNA siri Find X9 sebelum ini namun pilihan warna kelihatan lebih segar termasuklah warna jingga. Menariknya, warna jingga yang sebelum ini dipopularkan oleh peranti Apple kini semakin banyak digunakan oleh pengeluar telefon lain.

Hal ini menunjukkan bahawa warna jingga semakin mendapat perhatian dan menjadi trend hangat dalam industri telefon pintar masa kini. Modul kamera pula berbentuk segi empat sama dan lebih ringkas berbanding versi Pro.

image is not available

Oppo Find X9s juga akan hadir dengan rekaan skrin paparan rata menggunakan bezel senipis1.15mm lalu menjadikan paparan kelihatan hampir tanpa bingkai. Menariknya, video promosi turut memperlihatkan bahawa ia boleh dipadankan dengan kamera 50MP. Selain itu, Oppo Find X9s dilengkapi dengan bateri besar 7025mAh yang mampu bertahan lebih daripada sehari dengan penggunaan biasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved