“Comel Pun Dah Cukup..” – Sandara Park Akui Berminat Dengan Lelaki Lebih Muda

EntertainmentLifestyle
2 May 2025 • 3:28 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sudah pun menjangkau usia 40 tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya kan bilalah agaknya Sandara Park akan mengakhiri zaman bujangnya.

Terbaru menerusi saluran radio “SBS PowerFM’s 2 O’Clock Escape Cultwo Show”, Sandara mengaku bahawa dia lebih suka dengan lelaki yang lebih muda daripadanya. Luahnya,

Saya sentiasa menyukai lelaki yang lebih muda. Memandangkan saya hidup lebih polos daripada kebanyakan orang yang sebaya dengan saya, saya rasa saya boleh lalukan perkara seperti mengambil gambar Polaroid hanya apabila saya bercinta dengan lelaki lebih muda.

image is not available

Jelas Sandara lagi,

Kalau lelaki muda mengaku dia suka saya dengan cara yang comel dan ‘jantan’, ia lebih menarik. Bukanlah saya ni hanya suka lelaki lebih muda. Asalkan dia seorang lelaki yang ada sisi comel, itu sudah memadai.

Semoga ada jodoh yang terbaik buat Sandara!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article