“Comelnya Baby Bump..” – Shila Amzah Buat Persembahan Ketika Hamil, Buat Peminat Teruja!

Entertainment
17 Jan 2024 • 4:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penampilan terkini penyanyi tersohor Shila Amzah baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dia dilihat melakukan persembahan dalam keadaan sarat hamil.

Dalm video tersebut, Shila membuat persembahan di sebuah acara dengan menyanyikan lagu hitsnya, Memori Tercipta.

Tetap perform!

Meskipun sedang berbadan dua, Shila tetap lincah dan memberikan persembahan terbaik untuk para peminat yang hadir di acara itu.

Tampil cantik berseri ibu mengandung

Memakai baju labuh berwarna merah jambu gelap berserta kasut but tinggi, Shila memukau peminat dengan seri ibu mengandungnya itu.

Penampilan tersebut menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen dan rata-ratanya memuji Shila Amzah yang menawan namun ada juga yang mengkritik dengan menganggap busana tersebut seperti tidak sesuai dipakai isteri kepada pensohor media sosial Ubai MZ ini.

Terdahulu, Shila dan Ubai mengumumkan kedatangan anak sulung mereka pada tahun ini setelah mendirikan rumah tangga pada awal August tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

Aidil Aziz Dan Fasha Sandha Guna Kaedah IVF, Pilih Cara 'Manual' Nak Dapatkan Anak Lelaki - "Asalkan Sihat Walafiat"