“Comelnya” – Perkongsian Bapa ‘Intip’ Anak Buat Ujian JPJ Buat Ramai Tersentuh

Entertainment
28 Jul 2023 • 1:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bapa dari Petaling Jaya telah ‘mengintip’ anaknya yang sedang menjalani ujian memandu bagi mendapatkan lesen dan telah merakam perbuatannya tersebut sambil memberikan semangat kepada anaknya.

Keunikan cara bapa memberikan semangat kepada anak ini termasuklah merakam perjalanan ujian tersebut tular baru-baru ini dan ia mengundang pelbagai reaksi dari warganet.

Sepanjang video yang berdurasi sekirat 50 saat di TikTok berkenaan, lelaki tersebut tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat kepada anaknya walaupun dari jauh dan apa yang lebih membuat ramai tersentuh adalah caranya ‘menenangkan’ anaknya dari jauh setiap kali kereta ujiannya kelihatan.

“You can do it girl, jangan takut. Gajah kiri kanan tikus di tengah-tengah”

Sebagai contoh, ada ketika kereta anaknya berhenti di lampu isyarat dan diapit oleh lori di hadapan dan belakang yang pastinya menjadi igauan ramai ketika ujian jalan raya. Apa yang menggelikan hati, lelaki tersebut menggunakan istilah ‘gajah’ untuk lori manakala tikus untuk kenderaan anaknya.

 

image is not available

Dalam video berkenaan, lelaki tersebut sempat berkongsi tentang laluan yang ‘diberikan’ oleh JPJ kepada anaknya tersebut iaitu ‘laluan B’ dan terus menceritakan keadaan laluan berkenaan yang memerlukan anaknya melalui kawasan kampung sebelum membuat pusingan di taman perumahan di sana dan kembali ke tempat ujian bermula.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok Elly Irfan berkenaan tersebut juga menyamakan perkara tersebut dengan situasi yang sama berlaku dalam filem ‘Papadom’ arahan Afdlin Shauki yang diterbitkan pada tahun 2009.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan perbuatan suami kepada pemilik akaun berkenaan selain ada yang sempat berseloroh mengatakan yang gementar bukan anak tetapi bapa.

image is not available

Tidak kurang juga ada yang menjadikan lelaki tersebut sebagai inspirasi dan ingin melakukan perkara yang sama sekiranya anak mereka menjalani ujian memandu.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat hampir 600 ribu tontonan dengan 77 ribu sukaan dan menerima lebih daripada 1500 komen daripada pengguna aplikasi berkenaan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.