Concorde Hotel Bakal Dijual Dengan Harga RM700 Juta, Akan Diroboh Jika Ada Pembeli

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2024 • 11:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hotel Concorde Kuala Lumpur bakal dijual pada harga hampir RM700 juta, bersama-sama dengan tanah bersebelahan, menurut sumber.

Jika pembeli ditemui, hotel yang bertaraf 4 bintang dengan 581 bilik yang terletak di Jalan Sultan Ismail itu dijangka akan dirobohkan bagi pembangunan yang bernilai berbilion ringgit.

Menurut sumber, kedua-dua hotel dan tanah itu adalah hartanah pegangan bebas yang berkeluasan kira-kira 4.5 ekar.

“Beberapa pelabur telah menunjukkan minat untuk membangunkan semula tapak itu kerana lokasi utamanya. Bagaimanapun, pemilik tidak tergesa-gesa untuk menjual melainkan datang tawaran yang sangat menarik.”

Concorde atau nama asalnya dikenali sebagai Hotel Merlin dari 1957 hingga 1990 ini telah menjadi mercu tanda hospitaliti lama di Kuala Lumpur, dengan Restoran Cina ‘Dragon Court’ (kini ‘XIN Cuisine’) menjadi tempat makan yang popular sejak turun-temurun.

Menghadapi persaingan yang semakin meningkat daripada hotel lima bintang baharu pada pertengahan 1990-an semasa ledakan ekonomi Kuala Lumpur, hotel itu mengubahsuai tingkat atasnya secara strategik menjadi premium suite.

Dalam langkah berkaitan, Ong juga menjual Concorde Hotel & Shopping Centre di Singapura, yang dimiliki oleh Hotel Properties Ltd. (HPL) dan pihak berkepentingan lain, melalui tender awam.

Savills Singapore, ejen pemasaran eksklusif, telah menetapkan harga sebanyak S$820 juta, bersamaan kira-kira S$1,801 setiap nisbah plot termasuk balkoni.

image is not available

Concorde Hotel & Shopping Centre terbuka kepada pembeli asing, termasuk rakyat Malaysia, tanpa sekatan ke atas pemilikan. Tender awam ini akan ditutup pada 16 Oktober 2024.

Sumber : NST

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.