“Confident Tahap Dewa” – Wanita Kena Perli Selepas Dakwa Produk Rempah Terkenal Mengandungi Babi [Video]

18 Jan 2023 • 3:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak semalam (17 Jan) tular di media sosial video seorang wanita yang ingin memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap satu jenama rempah makanan yang menurutnya mengandungi babi.

Namun ‘mesej’ yang ingin diberikan kepada orang ramai itu berakhir dengan dirinya yang menjadi mangsa perli.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @isusemasaviral, wanita tersebut yang berada di sebuah pasar raya menjelaskan dia ke sana untuk membeli rempah bagi tujuan memerap ayam.

Terdapat tulisan ‘pork’ pada pelekat produk

Bagaimanapun, ia menyedari terdapat sesuatu yang pelik pada ruangan pelekat produk rempah tersebut dan apabila diteliti ternyata terdapat tulisan ‘pork’ di situ.

Beranggapan produk tersebut mengandungi kandungan yang tidak halal, dia lantas membuat video agar orang ramai lebih berhati-hati sebelum membeli rempah jenama terbabit.

Mungkin keliru antara ‘use on’ dan ‘ingredients’

Namun, sangkaan wanita itu sebenarnya salah apabila kelihatan jelas bahawa tulisan yang tertera adalah ‘use on’ (digunakan untuk) bermaksud produk tersebut boleh digunakan untuk memerap daging seperti lembu, ayam, kambing, ikan, dan termasuklah daging babi.

Manakala, teks yang tertera tulisan ‘ingredients’ (bahan-bahan) pula bermaksud bahan yang telah digunakan untuk menghasilkan produk rempah tersebut seperti garam, gula, cili, bawang putih, lada hitam dan sebagainya yang halal untuk dimakan.

Ramai perli dan terhibur melihat video tersebut

Susulan tularnya video tersebut, rata-rata netizen memberi komen yang menghiburkan sambil memerli wanita itu tentang pentingnya mempelajari bahasa Inggeris.

Malah ramai bertidak mengecamnya kerana tergopoh-gopoh memuat naik video tanpa memeriksa terlebih dahulu.

image is not available

“Otak tertinggal dirumah barangkali”

image is not available

“Itulah pentingnya English edukesyeennn”‘

image is not available

Source: