“Confirm tak banned!” – [VIDEO] ‘Black Panther: Wakanda Forever’ Sah Akan Masuk Pawagam Malaysia!

Entertainment
4 Nov 2022 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perhatian kepada semua peminat Marvel Studios! Ada berita baik untuk korang semua yang minat action movies, ‘Black Panther: Wakanda Forever’ dah mengesahkan yang ia akan ditayangkan di pawagam Malaysia!

Awal tahun ini, pawagam di Malaysia telah mengharamkan penyiaran filem ‘Lightyear’ dan ‘Thor: Love and Thunder’ atas sebab-sebab tertentu.

Oleh itu, ramai peminat filem Marvel berasa kecewa dan tertanya-tanya jika filem Marvel lain akan ditayangkan di Malaysia.

Menerusi akaun media sosial Twitter, TGV Cinemas Malaysia telah mengeluarkan poster ‘Black Panther’ dan sekali gus mengumumkan tarikh penyiaran filem tersebut.

“Confirm not banned!” – TGV Cinemas

TGV juga telah mengumumkan yang filem berkenaan tidak akan diharamkan penyiarannya di pawagam Malaysia dan membuatkan ramai peminat Marvel tak sabar nak tengok filem ini!

Bukan TGV sahaja, Golden Screen Cinemas (GSC) juga telah mengumumkan pelancaran filem tersebut melalui akaun rasmi Twitternya.

Ruangan komen ciapan tersebut, dibanjiri warganet yang berasa excited dan tak sabar untuk menonton filem berkenaan setelah dua filem dari Marvel diharamkan.

image is not available

“Can’t wait!” – Netizen

image is not available

Telah diumumkan tiket pre-order untuk filem ini sudah pun bermula pada hari ini (4 November) dan filem berkenaan akan mula bersiaran pada 10 November 2022, menurut Imdb.

Korang boleh tengok trailer movie ni kat sini, memang terbaik dan mengancam! Macam rugi pula kalau tak pergi tengok..

Fuhhh terbaekk! Memang min pun dah lama tunggu movie ni keluar atau tak dekat Malaysia, tak sabar betul nak pergi tengok cerita ni. Korang apa lagi? Jom la tengok Black Panther: Wakanda Forever ni!

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.