“Content positif macam ni lah bagus”- Anak Muda Indonesia Ini Dipuji Bersihkan Sungai Beramai-ramai

Entertainment
5 Nov 2022 • 4:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di TikTok apabila ada sekumpulan anak muda di Indonesia telah membuat aktiviti membersihkan sungai di negara mereka yang penuh dengan sampah sarap.

Aktiviti membersihkan sungai itu telah dikongsikan di akaun TikTok pandawaragroup.

Menjengah ke akaun TikTok tersebut, dapat dilihat bahawa akaun itu memang digunakan untuk berkongsi tentang aktiviti membersihkan sungai-sungai di sekitar Indonesia.

Sekumpulan anak muda itu membersihkan sungai dan parit daripada sampah sarap yang memenuhi sungai tak kira cuaca. Dalam keadaan hujan pun mereka tetap tekun meneruskan aktiviti berkenaan kerana mereka dah bersedia dengan baju hujan.

image is not available

Sampah sarap yang dikutip kemudiannya dimasukkan ke dalam plastik sampah. Selepas itu, kesemua sampah itu akan dibuang ke tempat pembuangan sampah yang sebenar.

image is not available

Dapat dilihat dalam salah satu video TikTok yang dikongsikan mereka bahawa ada sungai yang penuh dengan sampah sehingga air sungai tidak dapat mengalir dengan baik.

Mereka turut berkongsi keadaan sebelum dan selepas sampah sarah tersebut dibersihkan dari sungai tersebut.

image is not available

Rata-rata netizen dari Indonesia dan Malaysia memuji content yang dikongsikan oleh anak-anak muda ini kerana bersifat positif. Mana lah tahu ada anak muda lain yang nak ikut sama bersihkan sungai kan.

Macam ni barulah layak dipanggil influencer kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.