‘Cooking Instructor’ Teruja Dapat Peluang Ajar Neelofa Memasak - “Walaupun Sibuk, Dia Sentiasa…”

13 Feb 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pengajar masakan atau ‘cooking instructor’ dikenali sebagai Hadijah Bentaleb meluahkan rasa teruja apabila dihubungi usahan dan selebriti, Neelofa yang mahu menggunakan khidmatnya.

Ilmu memasak

Menurut Hadijah, dia tidak pernah menyangka dapat peluang untuk mengajar ilmu masakan kepada selebriti berusia 36 tahun itu.

 

"Kadang-kadang semangat membawa diri ke tempat yang tidak pernah saya bayangkan. Kelas memasak persendirian bersama Neelofa,” kongsinya.

 

Hadijah berkongsi mengenai perkara itu menerusi perkongsian di platform ‘thread’ beserta mesej perbualan dengan Neelofa dan foto mereka berdua.

Inisiatif sendiri

Dalam perkongsian sama, Hadijah turut memuji sikap isteri kepada penceramah Haris Ismail atau PU Riz yang mempunyai inisiatif sendiri untuk mengambil kelas memasak meskipun sibuk dengan urusan kerja.

 

"Saya sangat bangga dengannya. Walaupun dia sibuk, dia sentiasa meluangkan masa untuk menyediakan makanan untuk keluarga, malah menguli naan sendiri setiap pagi. Sungguh menginspirasi,” ujarnya.