Cooler Master ORB X Ialah Kubu Gaming Dengan Sokongan Sehingga Tiga Paparan Gaming

TechnologyDigital
6 Dec 2022 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Konsep kubu gaming bukanlah sesuatu yang baru. Perkakasan ini secara lazimnya hanya dilihat oleh mereka yang mahukan sesuatu yang benar-benar berbeza untuk setup gaming mereka.

image is not available

Terkini, Cooler Master juga dilihat memasuki arena ini dengan memperkenalkan kubu ORB X yang tampil dengan rekaan minimalis berwarna putih dan ungu. Ia hadir dengan saiz yang mampu menampung satu paparan skrin bersaiz 34 inci ataupun tiga paparan skrin bersaiz 27 inci dengan berat maksima 8kg.

Dari segi sokongan kuasa, ORB X mampu menampung sebuah komputer yang menggunakan bekalan kuasa sebesar 1200W yang boleh dipasang terus dalam kubu ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, ORB X ini juga hadir dengan sistem pembesar suara terbina yang menjanjikan pengalaman audio yang memiripi penggunaan pembesar suara surround sound.

Bahagian kerusi kubu ini juga menjanjikan pengalaman duduk yang cukup selesa dengan sokongan untuk tengkuk dan lumbar yang membolehkan anda gaming ataupun menonton siri-siri kegemaran anda untuk berjam-jam.

image is not available

Buat masa ini, Cooler Master mengataan bahawa kubu ORB X ini sudah boleh mula ditempah melalui laman web CMODX.