Verbatim Memperkenalkan Storan USB Bertemakan Anime Demon Slayer

TechnologyDigital
5 Dec 2022 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Adakah anda cukup tua untuk mengenali jenama pembuat storan digital Verbatim? Di era lewat 90an dan awal 2000, jenama tersebut cukup terkenal untuk penawaran cakera liut dan juga cakera padat mereka yang sering dgunakan untuk menyimpan data.

image is not available

Terkini, Verbatim dilihat kembali dengan penawaran storan USB yang bertemakan anime Demon Slayer yang cukup terkenal pada tahun lepas. Syarikat tersebut dilihat menawarkan 12 rekaan berbeza yang terdiri daripada siri “Famous Phrases” dan “Famous Scenes” dari anime tersebut.

image is not available

Siri storan “Famous Phrases” dilihat tampil dengan enam rekaan yang hadir dengan frasa-frasa popular daripada anime tersebut dan mempunyai jumlah storan 16GB. Siri storan “Famous Scenes” pula memperlihatkan rekaan yang diilhamkan daripada babak-babak popular anime tersebut dan tampil dengan jumlah storan 32GB.

Kesemua storan-storan ini hadir dengan antaramuka USB Type 3.2 Gen 1 Type-A dan hadir dengan kelajuan 5Gbps. Verbatim juga mengatakan bahawa aksesori storan ini sudahpun mula dijual pada harga $9.99 untuk model Famous Phrases dan $17.99 untuk model Famous Scenes di pasaran-pasaran terpilih.