Copilot Kini Mempunyai Ejen Researcher dan Analyst Untuk Melakukan Kajian Lebih Mendalam

TechnologyDigital
26 Mar 2025 • 12:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft 365 Copilot kini menawarkan dua ciri baharu yang merupakan ejen yang diberi nama Researcher dan Analyst. Menerusi kedua-dua ejen kecerdasan buatan (AI) baharu ini, pengguna Microsoft 365 boleh melakukan kajian dan analisa data secara lebih mendalam dengan pantas.

image is not available

Bagi pengguna Researcher, ia turut hadir dengan pemalam yang membolehkan data pihak ketiga daripada Salesforce, ServiceNow, Confluence dan banyak lagi diintegerasikan dalam kajian yang dilakukan. Menurut Microsoft, dengan ini penghasilan kajian yang mendalam menggunakan data yang lebih tepat dalam dilakukan oleh pengguna.

Analyst pula mempunyai kemampuan berfikir seperti seorang saintis data yang mencerna data dalam masa beberapa minit sahaja. Seperti manusia, Analyst akan menggunakan kemampuan berfikir bagi memberikan jawapan yang diperlukan oleh pengguna. Ini dilakukan menerusi model OpenAI o3-mini yang telah dioptimumkan untuk melakukan analisa data yang rumit. Pada waktu yang sama ia boleh menjalankan Python untuk carian data yang kompleks.

Kedua-dua ejen ini boleh digunakan pelanggan menerusi Copilot Studio hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved