Google Gemini Deep Research dilancarkan Disember tahun lalu sebagai alat bantuan melakukan kajian untuk topik-topik secara lebih mendalam lengkap dengan pautan daripada sumber yang boleh dipercayai. Berbanding carian Gemini biasa, Deep Research mengambil masa yang lebih lama untuk melalukan kajian bagi pihak pengguna tetapi ia masih lebih pantas berbanding melakukannya sendiri.

Hari ini Google mengumumkan Deep Research boleh digunakan secara percuma oleh semua pemegang akaun Google. Kemampuan Deep Research melakukan kajian turut dipertingkat menerusi penggunaan model Gemini 2.0 Flash Thinking Experimental. Selain itu, ia turut boleh melakukan kajian dalam lebih 45 bahasa berbanding hanya dalam Bahasa Inggeris sebelum ini. Mengecewakan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia masih belum disokong.
Deep Research versi percuma boleh digunakan beberapa kali sahaja dalam tempoh sebulan berbanding pelanggan Gemini Advanced. Ini ialah cara Google untuk membolehkan orang ramai mencuba dahulu produk sebelum melakukan langganan RM97.99 sebulan menerusi berkas Google One AI Premium. Untuk mencuba Deep Research sila ke pautan di bawah.
