Corning Gorilla Armor 2 Tahan Jatuh Dari Ketinggian 2.2 Meter

TechnologyDigital
23 Jan 2025 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Barisan Samsung Galaxy S25 telah diumumkan, dan kaca pelindung Corning Gorilla Armor 2 terkini juga dirasmikan bersama. Ia digunakan pada model Galaxy S25 Ultra dengan material baru yang lebih tahan lama dari kaca. Ia menggunakan bahan kaca seramik anti-silau pertama dalam industri yang mempunyai kadar ketahanan jatuh lebih baik berbanding generasi sebelum. Ia menjadikan kaca pelindung ini lebih tahan terhadap calar dan hentakan apabila terjatuh di permukaan kasar.

image is not available

Menurut Corning, kaca pelindung ini boleh menahan hentakan dari ketinggian sehingga 2.2 meter pada permukaan kasar. Selain itu, Corning Gorilla Armor 2 juga empat kali tahan lebih calar berbanding kaca lithium aluminosilicate yang ditawarkan oleh pesaing. Hasil ujian makmal yang dilakukan mendapati Corning Gorilla Armor 2 mampu bertahan sehingga 2.2 meter pada permukaan kasar yang menyerupai Konkrit. Sementara itu pesaing pula gagal bertahan pada tahap satu meter ketinggian sahaja.

image is not available

Lapisan anti-silau yang digunakan juga bantu mengurangkan pantulan dengan ketara bagi meningkatkan pengalaman pengguna dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Dengan Corning Gorilla Armor 2, Samsung dan Corning menyediakan pengalaman ketahanan lebih baik dan tahan lama untuk peranti Galaxy baharu.