Google Circle To Search Kini Boleh Mengenalpasti Nombor Telefon, URL dan Alamat Emel

TechnologyDigital
23 Jan 2025 • 9:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google mengemaskini Circle to Search pagi ini dengan ciri-ciri baharu yang akan diterima siri Galaxy S25 terlebih dahulu. Ia kini akhirnya boleh mengenalpasti nombor telefon, URL laman web dan alamat emel yang tertera pada skrin apabila sedang digunakan secara automatik tanpa perlu dipilih secara manual seperti sekarang. Ini turut boleh dilakukan pada gambar statik dalam peranti.

image is not available

Ia juga bijak untuk terus melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web dan emel mengikut konteks. Selama ini saya biasanya perlu salin dan tampal teks dari Circle to Search sebelum membuka aplikasi yang relevan secara manual.

Google to Search pada hemat kami ialah antara inovasi terbaik 2024 kerana mempermudahkan proses carian maklumat tanpa perlu melancarkan aplikasi lain. Tekan sahaja satu butang dan proses carian dilakukan dengan pantas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved