COROS PACE Pro Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM1,699

TechnologyDigital
11 Nov 2024 • 10:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

COROS Malaysia kini mengumumkan harga jualan rasmi untuk jam tangan tahan lasak baharu PACE Pro. Bagi memberi kelainan, COROS mengetengahkan pelbagai fungsi dipertingkatkan yang ditambah baik untuk jam tangan siri berkenaan. Selain itu direka untuk peminat sukan dan pengguna yang mementingkan prestasi.

image is not available

Dalam memastikan tahap bacaan yang baik dalam persekitaran berbeza, COROS menggunakan panel sejenis AMOLED 1.3″ yang terang dan beresolusi tinggi, ditambah pula dengan kecerahan puncak 1500nits. Sama seperti jam tangan COROS yang lain, ia dilengkapi teknologi pengesanan degupan jantung yang membolehkan pengguna memantau kesihatan jantung pada pergelangan tangan. Diikuti dengan ciri-ciri berguna lain seperti pemantauan oksigen dalam darah (spO2), pola waktu tidur dan banyak lagi.

image is not available

Dalam pada itu, jam tangan ini juga menampilkan pelbagai jenis mod sukan termasuk berlari, berenang dan berbasikal. Gabungan fungsi GPS dan Maps terbina pula membolehkan pengguna menjejak setiap laluan secara masa nyata dengan lebih tepat. Ia juga disertakan dengan bateri yang boleh bertahan hingga 31 jam dan kalis air 5ATM yang memudahkan pengguna melakukan aktiviti air. Harga jualan rasmi adalah RM1,699 dan boleh dibeli melalui pengedar sah COROS Malaysia bermula sekarang.