Coros PACE Pro Dilancarkan Dengan Skrin AMOLED Dan GPS

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Coros telah mengumumkan jam tangan dengan skrin AMOLED pertamanya melalui PACE Pro . Ia juga menarik dengan perkakasan dalaman lebih baik termasuk pemproses lebih pantas, antena GPS baharu dan hayat bateri bertahan lama. Malahan dikatakan mampu memberi persaingan kepada Garmin Fenix 8 yang diumumkan tempoh hari.

Melaluinya skrin sesentuh AMOLED 1.3-inci (1,500nits) dengan resolusi 416 x 416 piksel digunakan. Ini dipadankan dengan sensor kesihatan dan kecergasan terbina untuk pemantauan harian. Antaranya seperti pemantauan bacaan denyutan jantung, oksigen dalam darah (spO2), pola waktu tidur dan banyak lagi. Selain itu mempunyai pelbagai jenis mod sukan termasuk berlari, berenang dan berbasikal. Gabungan fungsi GPS dan Maps terbina pula membolehkan pengguna menjejak setiap laluan secara masa nyata dengan lebih tepat.

image is not available

Pemprosesnya juga dikatakan dua kali ganda lebih baik dan berkuasa berbanding sebelum ini. Sekaligus membolehkan pengguna menggunakan serta memuat turun peta dengan lebih lancar. COROS melengkapi lagi jam tangan ini dengan bateri yang boleh bertahan mencapai 31 hari dan kalis air 5ATM. Harga jualan adalah £349.99 (~RM1,530) dengan pilihan tali silikon.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved