Corporate Super Rugby 2026: Rekod sempurna MBSA Blue Pelican menanti ujian terakhir menentang Muamalat Bullets

16 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Corporate Super Rugby 2026: Rekod sempurna MBSA Blue Pelican menanti ujian terakhir menentang Muamalat Bullets

Rekod sempurna MBSA Blue Pelican bakal diuji dalam perlawanan paling penting musim ini apabila mereka berdepan Muamalat Bullets pada Final CSR Championship 2026, Sabtu ini. Keyakinan kedua-dua pasukan menjelang pertembungan itu terserlah dalam CSR Championship Media Scrum yang berlangsung hari ini di Enervive Sports, Subang. Final dijadualkan pada 17 Oktober 2026, jam 8.45 malam. 

MBSA MAHU LENGKAPKAN MUSIM SULUNG DENGAN GELARAN 

MBSA menamatkan saingan liga tanpa kalah, termasuk menewaskan Muamalat 27-14. Namun, bagi Ketua Jurulatih merangkap pemain MBSA, Faridzal Ismail, pencapaian itu hanya menjadi permulaan kepada misi pasukan untuk menjulang gelaran. “Kami sudah bersedia sepenuhnya untuk final ini. Walaupun ini musim pertama MBSA dalam kejohanan, sasaran kami tetap jelas: memberikan komitmen 100 peratus dan berjuang untuk membawa pulang gelaran.” Pemain MBSA, Umar Irsyad, berkata pasukannya mahu membuktikan kemampuan mereka dengan memenangi kejuaraan. 

Beliau turut melihat gelaran itu sebagai hadiah buat bandaraya Shah Alam. “Bagi kami, final ini peluang untuk menunjukkan bahawa MBSA mampu bersaing pada tahap ini. Kalau dapat melangkah keluar sebagai juara, saya rasa itu akan menjadi hadiah yang sangat bermakna buat bandaraya Shah Alam.” 

Kempen tanpa kalah meletakkan MBSA di kedudukan terbaik menjelang final, tetapi Muamalat menjadi halangan terakhir untuk mereka menutup musim sulung dengan kejayaan. Umar berkata pemain mahu membuktikan apa yang mampu dicapai pasukan di pentas penentuan. 

MUAMALAT YAKIN MAMPU AKHIRI MUSIM DENGAN CEMERLANG

Pengarah Ragbi Muamalat Bullets, Ts Megat Mohammad Faisal pula berhasrat menamatkan musim dengan nota positif serta menjulang kejuaraan ketiga selepas mengharungi permulaan kempen yang terjejas oleh pelbagai kecederaan dalam skuad. 

“Permulaan musim agak menguji apabila skuad berdepan pelbagai kecederaan. Namun, kami kini berada di final dan peluang untuk menamatkan kempen dengan cemerlang masih terbuka. Kami mahu memberikan yang terbaik.” 

Bagi pemain Bullets, Hariz Ezzat Hamidon, perlawanan itu juga menjadi peluang untuk menuai hasil daripada perjalanan ragbinya. Beliau menghargai kesinambungan kerjaya yang disokong ekosistem Enervive Sports, bermula dengan pengiktirafan Pemain Backline Terbaik pada kempen Super Schools Rugby 2019. Kini, Hariz mahu membantu Muamalat meraih kejayaan. 

Selain perebutan gelaran, CSR Championship 2026 Bronze Clash antara ATM Vanguard dengan Ragbi PDRM akan berlangsung pada hari yang sama, 17 Oktober, jam 4.30 petang.  Dua perlawanan bakal menentukan penamat musim: ATM Vanguard dan Ragbi PDRM akan berentap merebut tempat ketiga, sebelum MBSA Blue Pelican dan Muamalat Bullets turun ke padang untuk merebut kejuaraan CSR Championship 2026. 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved