Corsair Memperkenalkan SSD MP600 Micro M2.2242 – Storan Padat Dan Pantas Untuk Konsol PC Mudah Alih

TechnologyDigital
11 Dec 2023 • 6:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kini dengan konsol-konsol PC mudah alih seperti Steam Deck, ROG Ally, Lenovo Legion Go dan sebagainya lebih mudah dibeli oleh orang ramai, salah satu naik-taraf yang mahu dilakukan oleh pengguna pastinya berkenaan storan yang terbina.

Komponen storan merupakan salah satu daripada komponen yang mudah untuk dinaiktarafkan pada peranti-peranti seperti ini, dan dengan Corsair MP600 Micro M2.2242, Corsair telah memperlihatkan sebuah SSD PCIe Gen4 bersaiz padat. Corsair mengatakan bahawa ia akan hadir dengan kelajuan pembacaan data 5100MBps dan kadar penulisan data 4100MBps.

image is not available

Dari segi kapasiti pula, Corsair mengumumkan bahawa SSD ini akan hadir dengan pilihan kapasiti 1TB sahaja terlebih dahulu, dan mungkin lebih banyak pilihan akan diperlihatkan kelak.

SSD Corsair MP600 Mini M2.2242 ini sudahpun mula dijual di sejumlah pasaran terpilih pada harga sekitar $70 (~RM327).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved