COS Melangkah ke Dunia Haruman Dengan Seleksi Eau De Parfum Dan Lilin Aromatik

11 Jul 2025 • 12:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Jenama fesyen kontemporari, COS, baru-baru ini  dengan bangganya melancarkan koleksi haruman pertamanya sempena meraikan kehadiran musim kali ini.

COS Perfumery menggambarkan keanggunan moden, menterjemahkan komitmen jenama terhadap rekaan dan penciptaan haruman yang sempurna. 

Hadir dengan pilihan wangian eksklusif dan lilin aromatik, setiap satu direka untuk membangkitkan emosi, keunikan diri dan hubungan.

image is not available

Dihasilkan di Grasse, pusat bersejarah ‘haute parfumerie’, setiap komposisi adalah refleksi yang mencerminkan keseimbangan unik antara tradisi dan kemodenan, menawarkan daya tarikan yang berpanjangan.

Koleksi ini mentakrifkan semula kemewahan kontemporari dengan perspektif baharu, satu perjalanan deria melalui haruman.

Koleksi Eau de Parfum menampilkan empat wangian eksklusif, ditawarkan dalam botol elegan bersaiz 100ml, edisi perjalanan (travel-size) bersaiz 15ml yang boleh dimasukkan ke dalam sarung kulit.

image is not available

Untuk yang gemar bereksperimen dan mencipta haruman unik untuk diri sendiri, boleh dapatkan discovery set yang memberi kebebasan untuk anda mengekspresi diri mengikut mood.

Hanya pilih dan lapiskan haruman yang digemari tanpa ragu-ragu. 

Koleksi ini turut disertakan empat jenis lilin, masing-masing mewah dengan aroma yang seimbang dan membangkitkan suasana.

Dibangunkan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk ketahanan dan aroma yang memikat, wangian dalam koleksi ini terdiri daripada:

image is not available

• AUBURN – haruman mewah dan penuh karakter. Diperbuat daripada vanila gelap dan nota kayu, haruman ini menonjolkan bau manis yang eksklusif, digabungkan dengan buah pelaga dan kopi.

image is not available

• MYTHE – satu simfoni kompleks yang menggabungkan nota halia segar dengan buah pelaga hijau, diselubungi bau akar wangi yang mendalam. Elemen bumi bergabung dengan sentuhan segar, menghasilkan aroma yang sensasi dan misteri.

image is not available

• FLEURISTE – sejambak bunga segar mewangi yang dikombinasikan dengan kasturi lembut. Suntikan haruman ros dan nota kayu menyerlahkan daya tarikan si pemakai.

image is not available

• SOLAIRE – Satu komposisi lembut olibanum, myrrh danbenzoin, diserikan dengan lapisan halus cistus dan ambar.

Koleksi lilin aromatik memastikan anda terus terbuai dengan haruman memikat di ruang kediaman sendiri. 

Selepas seharian melalui jadual yang padat, ciptalah mood yang mendamaikan jiwa apabila pulang ke rumah. 

Ada empat pilihan yang tersedia:

• FIGUIER DU JARDIN – gabungan berasaskan bumi dari daun ara, lada merah jambu dan esen olibanum, diserikan dengan nota lumut dan tonka untuk kemasan berasap halus.

• VOYAGE ÉPICES – pengalaman deria yang diceritakan melalui gabungan mewah kulit kayu manis dan geranium bourbon, dilembutkan dengan aroma bunga cengkih serta asas vetiver dan nilam.

image is not available

• CABANE DE BOIS – menampilkan gabungan haruman mewah kulit kayu manis dan nilam, serta nuansa kayu cedar yang lembut dan kehangatan kayu kasmir.

• CUIR EN FLEUR – serasi untuk si pencinta bunga mawar atau ros, di mana ia meneliti pelbagai dimensi mawar, menggabungkannya dengan plum dan vanila yang manis serta haruman kulit kayu manis dan kayu cedar.

Dengan perhatian teliti pada setiap perincian, koleksi ini menyerlahkan gaya sofistikated yang ringkas dan bersahaja. Setiap elemen, daripada reka bentuk botol yang minimalis, sehinggalah kualiti pembungkusan yang menarik, iamencerminkan komitmen COS terhadap reka bentuk moden dan gaya yang kekal lama.

COS Perfumery kini sudah tersedia di semua stor fizikal dan secara dalam talian dengan harga RM430 untuk haruman dan RM250 untuk lilin wangi. - Getaran, 11 Julai 2025

Foto : COS