Courtois pertahan Lammens selepas buat kesilapan mudah

FootballSports
11 Jul 2026 • 8:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Courtois pertahan Lammens selepas buat kesilapan mudah
Kesilapan Lammens dihukum Mikel Merino yang meledak gol kemenangan Sepanyol pada minit ke-86. Foto Agensi

THIBAUT Courtois tampil memberi sokongan kepada Senne Lammens selepas kesilapan penjaga gol gantian Belgium itu membantu Sepanyol menyingkirkan mereka dengan kemenangan 2-1 pada suku akhir Piala Dunia 2026.

Lammens yang masuk menggantikan Courtois pada minit ke-71 berdepan detik sukar apabila gagal mengawal percubaan jarak jauh Pau Cubarsi, sekali gus membolehkan Mikel Merino menyambar bola muntah untuk menjaringkan gol kemenangan Sepanyol pada minit ke-88.

Courtois yang terpaksa meninggalkan padang akibat masalah otot, bagaimanapun enggan menyalahkan rakan sepasukannya itu, sebaliknya memberikan kata-kata semangat kepada penjaga gol berusia 24 tahun berkenaan.

"Dia seorang pemain yang kuat dengan personaliti yang baik. Saya yakin dia akan bangkit," kata penjaga gol Real Madrid itu.

Courtois mengakui beliau kecewa kerana terpaksa meninggalkan aksi penting itu selepas mengalami kesakitan pada kaki kanannya, namun memahami keputusan jurulatih Rudi Garcia yang mahukan pemain berada dalam keadaan baik 100 peratus.

"Sudah tentu saya mahu terus bermain. Saya rasa masih mampu meneruskan permainan kerana masih boleh melakukan beberapa penyelamatan.

"Tetapi itu keputusan jurulatih dan saya menghormatinya," katanya.

Sementara itu, pertahanan Belgium, Brandon Mechele turut mempertahankan Lammens sambil menyifatkan kesilapan itu sebagai pengalaman berharga buat penjaga gol muda berkenaan.

"Ia detik pembelajaran untuknya. Bola itu bukan mudah kerana ia melantun tepat di hadapannya. Kami sebagai pertahanan juga boleh membantu dengan lebih baik.

"Kami perlu terus bersama sebagai satu pasukan dan saling menyokong," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved