Covid-19: 2,191 kes baharu, dua pesakit meninggal dunia

29 Aug 2022 • 8:35 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit kepada 2,191 kes semalam berbanding 2,491 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,776,194 kes dengan 32,901 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 31,527 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,282 kes menerima rawatan di hospital, 73 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 19 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 64.4 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 19.6 peratus.

Semalam, sebanyak 2 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik melanda negara adalah 36,198 orang kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved