Covid-19: 2,256 kes baharu, tiga kematian

22 Oct 2022 • 9:32 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 OKT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal paras 2,000 kes dengan 2,256 kes dicatatkan semalam.

Menurut data KKMNOW, negara merekodkan 2,561 kes pada 20 September dan 2,295 kes (19 Oktober).

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara adalah 4,877,387 kes dengan 26,526 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 25,425 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,054 kes dirawat di hospital dan 47 kes di unit rawatan rapi (ICU), namun tiada pesakit dimasukkan ke pusat kuarantin sementara.

Data menunjukkan tiga kematian dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban di negara ini akibat pandemik sebanyak 36,440 orang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved