Covid-19: 3,927 kes baharu, enam kematian

6 Aug 2022 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 3,927 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat. - Foto hiasan

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jangkitan kes baharu Covid-19 pada Jumaat menurun ke 3,927 berbanding 4,413 pada hari sebelumnya. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat ke 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara. Kes aktif Covid-19 di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 46,506 kes dengan 96.4 peratus atau 44,843 sedang menjalani kuarantin di rumah. Selain itu, terdapat enam kes kematian dicatatkan dengan tiga daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID). Dilaporkan terdapat 1,587 kes dirawat di hospital dengan 52 kini ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved