Covid-19: 4,413 kes baharu, 8 kematian

5 Aug 2022 • 8:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Malaysia mencatatkan 4,413 kes baharu Covid-19 pada Khamis. - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 4,413 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan enam daripadanya merupakan kes import. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,697,213. Menurut portal CovidNow, lapan kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan termasuk empat kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID). Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,003. Terdapat 52 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved