Covid-19 rekod 4,711 kes baharu

4 Nov 2022 • 8:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KKM merekodkan 4,711 kes baharu Covid-19 setakat tengah malam tadi.

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 4,711 kes baharu Covid-19 setakat tengah malam Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,914,557.

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, daripada 4,711 kes tersebut, tujuh daripadanya adalah merupakan kes import.

KKM turut mencatatkan sejumlah 34,609 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 32,956 pesakit kuarantin di rumah, sementara 1,586 lagi menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 47 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 3,120 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,843,468, manakala tiada kes kematian direkodkan.