Indonesia rekod 4,951 kes Covid-19

3 Nov 2022 • 10:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JAKARTA - Indonesia mencatatkan 4,951 kes baharu Covid-19 yang disahkan pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 6,507,610.

Berdasarkan data Agensi Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, 4,866 diklasifikasikan sebagai penularan tempatan manakala 85 lagi dari luar negara.

Wilayah Jakarta menyumbang angka tertinggi sebanyak 1,823 kes, diikuti wilayah Jawa Barat (694) dan wilayah Jawa Timur (681), di tengah-tengah peningkatan kes harian.

Jumlah pulih pula sebanyak 2,882 kes manakala sejumlah 42 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas sehingga tengah hari Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 158,737. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved