Covid-19: WHO pertikai data kes kematian di China

5 Jan 2023 • 7:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita melakukan ujian saringan COVID-19 di stesen uji sementara di Beijing. - Foto Reuters

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertikai data yang dikeluarkan China berhubung kes kematian akibat Covid-19 yang didakwa statistik rasminya tidak menunjukkan kesan sebenar wabak berkenaan.

Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, pihaknya percaya bahawa statistik semasa yang diterbitkan China kurang menggambarkan kesan sebenar wabak dari sudut kemasukan ke hospital, ICU dan jumlah kes kematian.

Kenyataan Ryan itu menyusul selepas China mengumumkan bahawa situasi Covid-19 di negara tembok besar itu terkawal dan ia berjaya mengawalnya.

Sebelum ini China bertindak memansuhkan kawalan dan sekatan bulan lalu.

Pakar kesihatan antarabangsa meramalkan sekurang-kurangnya sejuta kematian di China tahun lalu namun China hanya melaporkan hanya sekitar lima kematian sehari.

Bagaimanapun, pandangan pakar antarabangsa itu ditolak China dan mendakwa ia cubaan bermotif politik untuk mencemarkan pencapaiannya dalam memerangi virus.

China dilapor turut mengkritik keputusan beberapa negara yang mengenakan SOP ketat termasuk ujian Covid-19 terhadap pengembara dari negara itu. - Awani

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved