Crew Chief baharu bantu ubah penampilan Hafizh Syahrin

29 Aug 2025 • 11:24 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pelumba negara, Hafizh Syahrin, mengakui bahawa perubahan besar dalam prestasinya hadir selepas mendapat sentuhan daripada crew chief baharu. Individu berpengalaman dari pasukan Ducati Corse MotoGP itu kini turun membantu Hafizh dalam kempen ARRC dan memberi impak yang sangat positif.

Menurut Hafizh, sejak kehadiran crew chief tersebut bermula dari pusingan Sepang, dirinya semakin serasi dengan jentera Ducati yang ditunggangi. Talaan yang lebih tepat serta komunikasi berkesan bersama pasukan telah membuka ruang buat Hafizh menemui keserasian sebenar.

“Sejak di Sepang, perubahan ketara mula terasa. Dengan bantuan crew chief baharu, saya lebih memahami cara jentera ini bekerja, dan akhirnya dapat menyesuaikan gaya tunggangan saya. Hasilnya, saya tampil lebih kuat berbanding sebelumnya,” ujar Hafizh.

Perubahan itu semakin terbukti pada aksi hari ini di Mandalika, Indonesia, apabila Hafizh berjaya mempamerkan tunggangan lebih konsisten dan kompetitif sepanjang sesi. Kehadiran crew chief baharu jelas memberi nafas segar bukan sahaja dari aspek teknikal, malah turut meningkatkan keyakinan Hafizh untuk bersaing di barisan hadapan. Dengan momentum positif ini, harapan peminat tempatan kembali menggunung untuk menyaksikan Hafizh terus mencatat keputusan yang membanggakan dalam baki saingan musim ini.

View Original Article