Crimson Desert Akan Menyokong GPU Intel Arc

TechnologyGaming
24 Mar 2026 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Permainan yang sedang tular sekarang ialah Crimson Desert yang dibangunkan oleh Pearl Abyss. Sejurus selepas dilancarkan, pemilik PC dengan GPU Intel Arc melaporkan permain tidak menyokongnya dengan pihak Pearl Abyss sendiri mengatakan meminta pulangan wang semula adalah jalan terbaik.

image is not available

Selepas dua hari menerima kritikan pelanggan, Pearl Abyss kini memohon maaf atas “kekeliruan” dalam FAQ mereka mengenai sokongan GPU Intel Arc. Kini mereka mengatakan sedang membangunkan kemas kini untuk menambah keserasian dengan GPU Intel Arc dan memberikan prestasi yang optimum kepada pemilik kad. Tiada tarikh muktamad bila kemas kini menyokong Intel Arc akan diberikan dengan Pearl Abyss sekadar meminta pengguna bersabar.

Kekecewaan pemilik PC dengan Intel Arc meningkat selepas Intel mengatakan mereka telah menghubungi Pearl Abyss beberapa kali untuk menawarkan kerjasama semasa Crimson Desert sedang dibangunkan. Muncul spekulasi Intel Arc tidak disokong kerana hanya sebahagian kecil pemilik PC menggunakannya berbanding GPU diskrit keluaran NVIDIA dan AMD.