HONOR MagicBook Pro 14 2026 Dilancarkan Dengan Berat 1.37kg Dan Core Ultra X9

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 5:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mengikuti pelancaran HONOR Magic V6 dan MagicPad 4 adalah MagicBook Pro 14 2026 iaitu sebuah komputer riba untuk pengguna professional mahupun kasual untuk yang mahukan kuasa dengan berat hanya 1.37kg.

image is not available

MagicBook Pro 14 2026 ini dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra X9 388H dan digabung dengan GPU Intel Arc B390. Dengan gabungan CPU dan GPU itu, komputer ini boleh memainkan permainan AAA seperti Forza Horizon dengan kadar bingkai mencapai 104FPS.

image is not available
image is not available

Skrin pula menggunakan panel OLED yang boleh disentuh dengan resolusi sehinggan 3.1K dan mempunyai 100% DCI-P3 Color Gamut yang sangat sesuai untuk pengguna kreatif seperti penyunting video atau gambar. Bateri 92Wh dimuatkan dalam komputer 14” ini dan boleh mendapatkan penggunaan sehingga 15 jam 30 minit. 

image is not available