Cristiano Ronaldo umum gantung but

FootballSports
5 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Cristiano Ronaldo umum gantung but

Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa selepas 23 tahun berkhidmat untuk Portugal.

Pemain berusia 41 tahun itu -- yang tampil dalam enam edisi Piala Dunia dan enam Euro -- merupakan memegang rekod dunia dengan 146 gol dan 234 penampilan.

Ronaldo memenangi Euro 2016 dan dua edisi Liga Negara-Negara (UNL) pada 2019 dan 2025.

Namun, sentuhannya dalam Piala Dunia di Amerika Syarikat musim panas lalu dipersoalkan, namun pelantikan Jorge Jesus sebagai ketua jurulatih yang baharu tidak mengubah situasinya yang kian hangat diperkatakan.

Dalam satu kenyataan yang dibacanya di medial sosial sebentar tadi, dia berkata: "Hari ini, saya mengakhiri perjalanan saya di padang bersama pasukan kebangsaan.

 

 

"Saya berundur dengan penuh bermaruah, berbangga dengan laluan yang telah saya tempuhi serta sedar bahawa saya telah memberikan segala-galanya buat Portugal.

 

"Gol-gol akan berlalu, piala akan tersimpan di muzium, malah rekod-rekod juga akan dipecahkan.

"Namun, ada sesuatu yang tidak akan pernah dapat dihapuskan oleh masa, iaitu tempat kita di dalam hati orang ramai."
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved