CTOS didenda RM250,000 kerana langgar Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010

12 Mar 2024 • 11:35 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

CTOS Data System Sdn. Bhd. (CTOS) diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM250,000 kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam kes saman terhadap institusi penyimpan rekod kredit itu. Ia berikutan dakwaan bahawa CTOS menggunakan data yang tidak tepat sehinggakan ahli perniagaan tersebut gagal beroleh kemudahan pinjaman daripada pihak bank.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menyatakan bahawa CTOS telah melanggar undang-undang apabila ia tidak ada kuasa untuk mewujudkan sistem skor kredit sendiri berdasarkan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Akta 710). Sebaliknya hakim menekankan bahawa tugas CTOS hanyalah mengumpul, memegang, merekod, dan menyimpan maklumat kredit.

Pihak plaintif, Suriati Mohd Yusof, telah menyaman CTOS kerana dia menerima laporan kredit yang negatif daripada CTOS dan seterusnya gagal membuat pinjaman kereta. Dia membuat permohonan pinjaman dalam tahun 2019 dan gagal disebabkan data yang tidak tepat dalam pengkalan data CTOS. Walaupun telah menghubungi pihak CTOS untuk memaklumkan supaya mereka mengemas kini pengkalan data, tiada sebarang jawapan yang diterima pihak pendakwa.

image is not available
Contoh skor kredit janaan CTOS yang dikatakan melanggar Akta 710

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, pihak CTOS kini dalam proses menghantar rayuan keatas keputusan ini.

image is not available

Apa beza CTOS dan CCRIS?

Sekiranya anda ingin menyemak maklumat kredit, CCRIS adalah saluran yang betul. CCRIS (Pusat Maklumat Rujukan Kredit) adalah entiti yang diwujudkan Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Tugasnya adalah mengumpulkan maklumat berkaitan kredit dan menjana laporan kredit berdasarkan data yang diperolehi daripada bank dan lain-lain institusi.

image is not available

CCRIS juga tidak mempunyai sistem penskoran kredit namun mereka membekalkan maklumat-maklumat kredit kepada pihak bank-bank untuk proses penilaian kredit dilakukan pihak-pihak pemberi pinjam. Anda boleh menyemak maklumat CCRIS anda secara percuma.

CTOS dan CCRIS menjalankan aktiviti yang hampir serupa. Bezanya CTOS adalah agensi swasta yang memberikan khidmat berbayar.

Sumber: NST