Cuaca buruk di KLIA, pesawat bawa 207 individu mendarat di Terengganu

15 Nov 2026 • 9:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cuaca buruk di KLIA, pesawat bawa 207 individu mendarat di Terengganu

KUALA NERUS – Sebuah pesawat Qingdao Airlines yang membawa 207 individu termasuk penumpang dan kru terpaksa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini semalam selepas gagal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat cuaca buruk.

Pesawat jenis Airbus A321neo dengan nombor penerbangan QW907 dari China itu dilaporkan selamat mendarat di LTSM kira-kira pukul 5.30 petang.

Difahamkan, pesawat berkenaan pada awalnya dirancang untuk dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAAP) namun penerbangan ke lokasi tersebut tidak dapat diteruskan berikutan kekangan bekalan bahan api.

Menurut sumber, kesemua penumpang kemudiannya dibawa ke Balai Berlepas Antarabangsa LTSM sementara urusan penerbangan seterusnya diselaraskan.

“Bekalan bahan api perlu dibawa masuk sama ada dari Kuantan, Pahang atau Kota Bharu, Kelantan sebelum pesawat dibenarkan meneruskan penerbangan.

“Urusan mendapatkan bekalan tersebut sedang diatur bagi membolehkan perjalanan penumpang diteruskan,” katanya.

Sementara menunggu penyelesaian urusan berkenaan, kesemua penumpang ditempatkan di tiga hotel sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Difahamkan, sebanyak lima perjalanan pengangkutan disediakan bagi membawa mereka ke lokasi penginapan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

 

The post Cuaca buruk di KLIA, pesawat bawa 207 individu mendarat di Terengganu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved