Gagal mendarat di KLIA, pesawat China bawa 207 penumpang dilencongkan ke Terengganu

15 Nov 2026 • 8:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gagal mendarat di KLIA, pesawat China bawa 207 penumpang dilencongkan ke Terengganu
Situasi di Balai Berlepas Antarabangsa LTSM yang menempatkan seramai 207 penumpang dan kru pesawat China selepas terpaksa dilencongkan akibat cuaca buruk di KLIA pada Sabtu.
Image from: Gagal mendarat di KLIA, pesawat China bawa 207 penumpang dilencongkan ke Terengganu
Penumpang pesawat China bersiap sedia untuk dibawa ke tiga buah hotel penginapan sementara sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

KUALA NERUS – Seramai 207 penumpang termasuk kru sebuah pesawat jenis Airbus A321neo terkandas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini selepas pesawat berkenaan gagal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat cuaca buruk.

​Pesawat tersebut dilaporkan selamat mendarat di LTSM sekitar jam 5.30 petang pada Sabtu selepas turut tidak dapat dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAAP) berikutan masalah kekurangan bahan api.

​Menurut sumber, kesemua penumpang sebelum itu ditempatkan di Balai Berlepas Antarabangsa LTSM sementara menunggu urusan pengurusan lanjut.

​Katanya, memandangkan LTSM tidak mempunyai perkhidmatan penyambungan pengisian semula bahan api (refuel link), bekalan minyak bagi pesawat berkenaan perlu diuruskan sama ada dari Pahang atau Kelantan

**media[3710746]**

​"Bekalan minyak berkemungkinan dibawa dari Kuantan atau Kota Bharu dan selepas pengisian selesai, barulah pesawat dapat meneruskan penerbangan," katanya.

​Buat sementara waktu, kesemua penumpang yang terlibat ditempatkan di tiga buah hotel sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melalui lima perjalanan pengangkutan yang disediakan.

​Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pendaratan penerbangan Qingdao Airlines (QW907) dari China di lapangan terbang terbabit.

​Menurutnya, pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke LTSM berikutan faktor cuaca dan kesemua individu di dalam pesawat berada dalam keadaan selamat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved