
PETALING JAYA – Lima kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak kini berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) susulan keadaan cuaca panas.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan tiga kawasan di Semenanjung yang berada pada tahap berkenaan ialah Machang dan Gua Musang di Kelantan serta Maran, Pahang.
“Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya, hari ini.
Sementara itu, dua kawasan di Sarawak turut berada pada Tahap 1 iaitu Sri Aman dan Lubok Antu.
MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian menerusi laman rasmi jabatan berkenaan. – KOSMO ONLINE
The post Cuaca panas: Kelantan, Pahang dan Sarawak tahap berjaga-jaga appeared first on Kosmo Digital.




![[VIDEO] Siapa kata Klang panas semalam, hari ini sudah ribut](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-08-at-2.41.15-PM-1024x766.jpeg)

