Cuaca Panas Kering, Sarawak Aktifkan Pelan Tindakan Musim Kemarau

24 Apr 2023 • 11:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pihak berkuasa bekalan air di Sarawak telah mengaktifkan pelan tindakan masing-masing

Cuaca Panas Kering, Sarawak Aktifkan Pelan Tindakan Musim Kemarau. Dilaporkan pihak berkuasa belakan air di Sarawak telah mengaktifkan pelan tindakan bagi mengurangkan kesan musim kemarau yang dijangka berlarutan sehingga Ogos ini.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, yang turut menyatakan pihak berkuasa bekalan air di Sarawak kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.

image is not available
Cuaca Panas Kering, Sarawak Aktifkan Pelan Tindakan Musim Kemarau

Pengguna dinasihatkan melaporkan sebarang kejadian tekanan air rendah atau masalah bekalan air di kawasan mereka

Menurut laporan, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Management Sdn Bhd telah turut menjalankan pelan tindakan masing-masing bagi mengurangkan kesan kemarau ke atas bekalan air kepada pengguna.

Difahamkan, lori tangki air telah disiapkan untuk dihantar ke kawasan terputus bekalan air dan pusat pengumpulan air akan diwujudkan di kawasan terjejas.

image is not available
Lori tangki air akan dihantar ke kawasan terputus bekalan air. Kredit: SarawakVoice

Sementara itu, pemimpin masyarakat dan pengguna dinasihatkan melaporkan sebarang kejadian tekanan air rendah atau masalah bekalan air di kawasan mereka kepada pihak berkuasa berkenaan.

Pihak berkuasa bekalan air sedang memantau dengan rapat keadaan sumber air dan kemudahan bekalan air di kawasan yang terkesan dengan kemarau ini.

Orang ramai digesa untuk menjimatkan air

Sementara itu, orang ramai digesa untuk menjimatkan air dalam tempoh cuaca panas dan kering ini.

Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, beliau menasihatkan orang ramai untuk bersedia menghadapi kemungkinan jerebu ekoran cuaca panas dan kering beberapa bulan akan datang.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Astro Awani

Lagi di sini: