Cuaca panas, kurang hujan di semenanjung berterusan hingga 31 Januari - MetMalaysia

LocalEnvironment
25 Jan 2026 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian utara, sehingga 31 Januari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, penumpuan angin pula dijangka berlaku di Sabah, Labuan dan Sarawak bermula pada 29 hingga 31 Januari ini.

"Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook MetMalaysia hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved