
KOTA TINGGI – Cuaca panas yang melanda daerah ini menyebabkan kawasan lalang seluas kira-kira 29 hektar di laluan By Pass Punggai – Sebana Cove di sini sekali lagi terbakar pagi tadi.
Kejadian itu mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan orang ramai kerana lokasi tersebut pernah dilanda kebakaran besar melibatkan kawasan belukar dan tanah gambut seluas 150 hektar pada Mac lalu.
Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba I Noor Ikhson Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 11.25 pagi.
Katanya, susulan itu, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove dan BBP Punggai dikejarkan ke lokasi yang terletak tujuh kilometer dari balai.
“Kebakaran lalang melibatkan kawasan seluas 29 hektar. Anggota bomba mengawal api daripada merebak,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE
The post Cuaca panas, laluan By Pass Punggai terbakar lagi appeared first on Kosmo Digital.






