Kebakaran ladang di Pengerang terus merebak

LocalEnvironment
24 Aug 2026 • 9:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kebakaran ladang di Pengerang terus merebak
Asap tebal menyelubungi sekitar kawasan Pengerang berikutan ladang di jalan bypass Punggai-Sebana Cove terbakar sejak pagi tadi.

KOTA TINGGI - Situasi kebakaran di Jalan Bypass Punggai - Sebana Cove, Pengerang, di sini bertambah buruk selepas merebak sehingga ke keluasan 54.1 hektar berbanding 29 hektar, setakat 8 malam pada Isnin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1, Noor Ikhson Shukor berkata, kebakaran di kawasan paya gambut itu terbahagi kepada dua sektor.

Menurutnya, operasi masih berjalan ketika ini melibatkan 15 anggota, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan 1 water tanker dengan jarak 7 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan pam angkut sumber air terbuka di sektor A.

“Manakala, BBP Punggai dan BBP Penawar menggunakan 1 aliran 400 kaki dua pancutan pam water tanker di sektor B,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Setakat ini, kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Terdahulu, sebuah ladang di Jalan Bypass Punggai - Sebana Cove berkeluasan 29 hektar dilaporkan terbakar kira-kira jam 11.25 pagi pada Isnin.

12 anggota bersama dia FRT dikejarkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved