Cuaca panas melampau: Penduduk Kedah diminta hati-hati

28 Feb 2024 • 2:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

ALOR SETAR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di Kedah berikutan suhu dikhuatiri mampu mencecah 40 darjah Celsius sepanjang hari pada Rabu.

Antara daerah dikesan dilanda suhu panas termasuklah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Setar, dan Langkawi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut melaporkan suhu boleh turun naik antara 37 darjah hingga 40 darjah Celsius pada waktu siang di daerah Pokok Sena dalam tempoh tiga hari akan datang.

Bagi daerah lain seperti Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Setar dan Langkawi pula suhu diramalkan antara 35 darjah hingga 37 darjah Celsius dalam tempoh sama.

Sementara itu, Pengarah MetMalaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, beliau menasihatkan penduduk di Kedah supaya berhati-hati ketika cuaca panas melampau.

Tambah beliau, penduduk turut dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar bagi mengelakkan terkena cuaca panas.

"Jika anda perlu keluar, pilih pakaian berwarna terang, pakai topi dan gunakan payung.

"Selain itu, jika berada dalam rumah, gunakan penghawa dingin dan kipas angin dan yang paling penting, kekalkan terhidrasi dengan meminum banyak air dan meminimumkan pengambilan minuman berkafein," katanya pada Rabu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved