Cuaca panas: Sabah bawa ke Kabinet negeri bincang lanjut cuti sekolah

LocalPolitics
2 May 2023 • 12:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sebarang keputusan mengenai cadangan melanjutkan cuti persekolahan berikutan cuaca panas ketika ini akan dibawa untuk perbincangan di peringkat Kabinet negeri, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Beliau yang juga Exco Pendidikan negeri berkata perkara itu juga akan dibincangkan di peringkat Persekutuan dan peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mendapatkan pandangan selain makluman berkaitan pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) di sini, Ahad.

Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni; serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

SPONSORED CONTENT Enjoy Aira Residence’s convenient connectivity Kuala Lumpur: Aira Residence is where luxury meets convenient connectivity. Read more Pada Jumaat lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Jemaah Menteri harus berbincang sama ada cuti sekolah perlu dilanjutkan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan dua kematian melibatkan kanak-kanak.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.