Cuaca panas Tahap 1 di empat kawasan di Semenanjung, satu di Sabah - MetMalaysia

LocalEnvironment
5 May 2026 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cuaca panas Tahap 1 di empat kawasan di Semenanjung, satu di Sabah - MetMalaysia
MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sabah.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sabah, setakat jam 4 petang tadi.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Jeli dan Kuala Krai di Kelantan, serta Jerantut dan Maran di Pahang, manakala di Sabah melibatkan daerah Telupid.

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, iaitu https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved