Cuaca Terlalu Panas, Syarikat Ini Jual Aircond Mini Yang Boleh Dipakai Dalam Baju

Design
17 Jul 2022 • 3:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cuaca sekarang ni panas betul kan, sampai malas nak keluar rumah. Kalau lah ada orang yang cipta penghawa dingin mini kan best sebab kadang-kadang kipas mini je tak cukup untuk sejukkan badan.

Ha, untuk pengetahuan korang, ciptaan seumpama itu memang ada, produk yang diberi nama Reon Pocket itu dijual oleh syarikat Sony dari Jepun.

image is not available

Ini kerana Jepun kini sedang berada di musim panas dan bulan lepas, negara matahari terbit itu telah menghadapi gelombang haba yang agak kuat.

Jadi, jualan produk pendingin hawa mini itu di sana telah meningkat kerana ramai rakyat mereka yang tak tahan dengan cuaca luar rumah sekarang ni.

image is not available

Menurut Mothership.sg, produk Reon Pocket berkenaan merupakan sebuah alat yang boleh menyejukkan atau memanaskan bahagian badan yang terkena alat itu.

Difahamkan, alat itu boleh disangkut pada leher dan boleh dimasukkan di dalam pakaian penggunanya.

Boleh tengok video ini kalau nak faham bagaimana ia berfungsi.

Selain itu, alat ini juga dikatakan boleh dicas dan baterinya juga boleh tahan lama hingga 61 jam.

Paling best, ia juga direka dengan teknologi yang hebat sebab suhunya akan berubah secara automatik mengikut cuaca.

Di Hong Kong, alat ini dijual dengan harga HK$1,499 (RM849.55).

Mahal jugak tu, tapi kalau betul-betul boleh sejukkan badan, mungkin pembelian alat ni tetap berbaloi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.