Cuba ambil sarang burung, murid Tahun Lima jatuh tingkat tiga bangunan sekolah

7 Jul 2026 • 9:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cuba ambil sarang burung, murid Tahun Lima jatuh tingkat tiga bangunan sekolah
Mangsa dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk menerima rawatan lanjut.

PADANG TERAP – Seorang murid lelaki Tahun Lima cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di daerah ini ketika cuba mengambil sarang burung pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 11 tahun dilaporkan sedang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebelum berlaku insiden berkenaan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Mohd Anuar Junoh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru sekolah berkenaan kira-kira jam 4 petang yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil sarang burung di tingkat atas bangunan sekolah berkenaan.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kemalangan sendiri dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan pihaknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved