Cuba tangkap burung merpati, murid Tahun Lima jatuh tingkat tiga bangunan sekolah

LocalFamily & Parenting
7 Jul 2026 • 9:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cuba tangkap burung merpati, murid Tahun Lima jatuh tingkat tiga bangunan sekolah
Mangsa dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk menerima rawatan lanjut.

PADANG TERAP – [DIKEMAS KINI] Seorang murid lelaki Tahun Lima cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di daerah ini ketika cuba menangkap burung merpati pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Mohd Anuar Junoh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru sekolah berkenaan kira-kira jam 4 petang yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil sarang burung di tingkat atas bangunan sekolah berkenaan.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kemalangan sendiri dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” katanya pada Selasa. 

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan pihaknya. 

Difahamkan, kejadian berlaku selepas murid berkenaan pulang ke rumah dan datang semula untuk sesi petang kelas KAFA, 

Kejadian berlaku sebelum kelas KAFA bermula dan murid tersebut panjat siling seorang diri di tingkat tiga untuk menangkap burung merpati di dalam siling melalui laluan pili bomba.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved